Saturday, May 29, 2010

Mencari Sinar Ultra Lembayung

Apa yang aku jarang jumpa di Malaysia ialah kejujuran.

Semua nak berpura-pura. Nak KELIHATAN baik atau bagus.

Bagus ke?

Semasa aku muda-muda dulu, ramai perempuan aku liwat, eh, lawat - banyak perempuan yang aku lawat obses dan gilakan imej.

Ramai orang yang aku kenal pentingkan imej dan kepalsuan dari kebenaran dan hakikat.

Itu lumrah manusia. Dan itu yang buat aku menyampah. Aku tidak akan menghalang sesiapa untuk mengejar yang batil - chewah!

Kerana aku fikir itu hak masing-masing. Bukan tempat aku untuk menghalang. 

Cuma, aku tak akan bergerak ke arah itu. Terima kasih sajalah. 

Bukanlah hendak mendabik dada atau mengatakan aku lebih bagus dari orang lain.

Cuma, aku nak ucapkan terima kasih, tetapi aku tidak akan berkongsi kehidupan sebegitu.

Tahniah la kepada mereka yang sukakan hidup sebegitu.

Moga kau masuk syurga. Moga kau bahagia.

Aku ni dah banyak dosa. Mungkin masuk neraka. Tak payah lah nak tambah jadi munafik la pulak. Dahlah tak cool pulak tu.

Aku juga ingin meletak jawatan dari menghakimi orang lain.

Dah lama aku buat. Dan aku dah penat.

Selepas lama benar aku berfikir, aku memutuskan satu-satunya perkara yang ingin aku pertahankan ialah hak untuk memilih.

Aku dulu fikir yang Melayu perlukan ialah seseorang untuk mengubah mereka dan cara hidup mereka.

Dengan angkuh, aku mengkatalog semua kesalahan mereka di mata aku.

Mungkin aku betul, tapi bukan hak aku. Kalau kau nak beromen sampai dapat 24 anak pun, lantak ko lah. Kalau ko tak mampu tanggung keluarga kau lepas tu anak kau jadi penagih dadah, tukang urut yang bagi blowjob, bukannya aku billionaire nak pergi hapuskan kemiskinan.

Kalau aku billionaire, ya, ko kena dengar cakap aku pasal aku akan bersihkan negara ni. Pasal aku superhero.

Namun, selepas beberapa pertembungan dengan orang putih dan orang bukan Islam, aku dapati apa yang Melayu perlukan ialah ruang untuk berkembang. Ruang untuk berevolusi.

Yang jenis membiak, akan terus membiak. Macam virus. Yang gatal nak kahwin akan terus gatal nak kahwin. Lepas satu, jadi dua. Lepas dua, tiga dan lepas tu empat, plus-plus.

Aku percaya yang mungkin ada satu dari 24 anak tu yang bagus otaknya, macam aku. Necessity is the father of invention. Kalau dah susah, sampai satu hari, Melayu-melayu kena fikir sendiri cara nak naikkan diri sendiri dan orang lain. KALAU diorang pilih sendiri.

Yang jadi Melayu bagus, Melayu pandai, akan membiak jua dan harapnya ada lebih banyak orang pandai kat sini.

Yang diperlukan ialah sumbangan dan kerjasama orang Melayu untuk memastikan mereka mendapat peluang yang sepatutnya. Bantuan untuk mengekalkan kebebasan mereka untuk mengamalkan cara hidup yang mereka mahu. Agama yang mereka mahu. Aku sememangnya tidak bersetuju dengan apa-apa jenis kawalan atau batasan yang diletakkan atas mereka.

Aku percaya yang kalau mereka nak buat, mereka akan buat. Kalau taknak, sampai mati pun taknak.

Orang asing, kerjanya nak merodok pemahaman mereka dan falsafah kehidupan mereka ke atas orang lain. 

Berlambak mamat-mamat dan minah-minah Western countries yang asyik duk preach kat aku pasal freedom of speech dan freedom of expression.

AKu setuju freedom of speech dan freedom of expression. Kau taulah aku. Kalau tak mencarut, tak best.

Tapi aku tak suka double standards. Aku tak suka keluhuran yang ditunjukkan sebenarnya topeng untuk hipokrisi yang lebih besar.

Sistem di Amerika bukan sempurna. Aku berpendapat, lebih baik dari Malaysia dari beberapa segi. Tapi apa yang berjaya in the States tak semestinya akan berjaya di sini. Lain padang, lain belalang.

Freedom kejadahnya kalau freedom hanya untuk sesetengah orang dan bukan untuk semua?

Jap. Kalau unsur fitnah artikel je takpe. Kau lawan la kat mahkamah. Bagus jugak. Yang tak bestnya ialah apabila keseluruhan suratkhabar menjadi sasaran. Dan sesiapa yang menyokong akan dilabel macam-macam.

Macam kalau sorang - SORANG - Eskimo bunuh anjing laut ko, ko saman semua orang Eskimo 10 billion. Pound Sterling.

Patutnya, ikut aku la, make an example, but a moral example. Tak perlu saman sampai berjuta-juta. Itu tradisi omputih. Sikit-sikit, saman. Sikit-sikit, saman. Nasi goreng pedas pun saman. Gemuk sebab suka melantak McDonald's pun nak saman. Mendabik dada kata negara paling bebas dalam dunia, semua sama rata, tapi perkauman tetap wujud. Kompeni-kompeni besar masih jatuh takleh bangun. Aku taknak hidup dalam dunia yang macam itu.

Saman Utusan, tapi untuk kos, atau untuk RM1. Kalau kau menang, kau betul. Yay. 

Selective freedom. Atau kata orang Melayu, 'freedom kepala hotak kau.'

Kita pun sama, apabila kita menjadi orang asing kepada orang lain. Kita pun buat banyak salah.

Ini tidak seharusnya berlaku.

Aku mengimpikan masa depan yang semua perkara baik dibuat dengan sukarela. Tak perlu aku jadi superhero. Tak perlu aku jadi jutawan atau billionaire. AKu duk rumah beromen pun takpe.

Yang penting ialah kebebasan untuk masyarakat berkembang dengan kepesatan yang mereka ingini. Ruang yang mereka pilih sendiri.

Itulah kebebasan yang sejati.

Wednesday, May 26, 2010

Pondan Rangers Turbo

Semasa aku di sekolah, ada ramai budak-budak lembut atau lebih dikenali sebagai pondan atau mak nyah.

Aku menyampah kat diorang dulu. Geli aku.

Aku tanya seorang kawan aku, "Apa pendapat ko pasal pondan-pondan ni?"

Dia menjawab, "Diorang tu menipu diri sendiri. Hipokrit."

Aku: Menipu diri sendiri?

Dia: Tuhan dah buat kita heterosexual, yang diorang jadi pondan tu apa? Lama-lama ko tengok la, mesti taubat lepas tu kahwin!

Aku: Kalau diorang tak kahwin?

Dia: Masuk neraka lah!

Uwah-uwah. Hebatnya kenyataan tu. Gagah perkasa.

Aku yang berada di zaman mudah terpengaruh tu pun percayalah. Aku labelkan habis semua kawan-kawan aku yang lembut, lemah-gemalai sebagai hipokrit.

Akibatnya, aku menjauhkann diri aku, takut lubang jubur aku kena rogol dengan hipokrit.

Lepas habis sekolah, aku masuk universiti. Aku mula sedar yang falsafah kawan aku tu takleh pakai. pasal kat kolej ni, lagi la pondan-pondan naik tocang.

Pakai asymmetrical top la. Dating dengan budak Syariah la. Naik motor bebudak Persatuan Penuntut Islam Semalaya sambil peluk-peluk la.

Aku mula berfikir yang mereka bukan berpura-pura pondan, tetapi adalah pondan semulajadi. Macam air terjun semula jadi Niagara Falls atau Bukit Charas (dalam dunia pondan, 'charas' bermaksud romen.) di Pahang.

Lepas beberapa lama, sememangnya aku berinteraksi lagi dengan komuniti pondan. Bukan untuk seks atau kasih-sayang, ya. AKu straight. Aku jilat pantat perempuan sahaja. Maaf, aku jilat pantat perempuan yang takde bau sahaja.

Maknanya dalam dunia yang penuh macam manusia ini, aku nak atau tidak, terpaksa jua berinteraksi dengan pondan.

Takde hal pun? Malah, banyak pondan dan closet homosexuals yang menolong aku dalam hidup. Baik di kolej atau semasa aku study.

Lepas lebih sedekad aku makan budi pondan, aku pun termalu sendiri. Pasal dulu, aku hakim diorang cukup-cukup. Diorang relaks je. Siap banyak tolong aku lagi.

Aku terhutang budi banyak, ya, tapi takdelah sampai nak bagi jubur. Lagipun aku rasa jubur orang lain jauh lagi sedap dari jubur aku. Pergilah cari yang perasa vanilla ke, coklat ke. Jubur aku perasa sambal belacan.

Satu lagi, dengan ramainya lelaki kacak dan hensem yang sebenarnya pondan, maka hanya tinggal aku sebagai pilihan perempuan-perempuan heterosexual yang lain. YES!

Jadi, point aku ialah, kepada adik-adik sekalian, janganlah menghakimi atau membenci orang sesuka hati. Kecuali perempuan Siam. Perempuan Siam, best!

Kau tau apa jadi kat kawan aku sorang tu, yang panggil pondan-pondan tu hipokrit? Kantoi dengan salah seorang pondan yang dia hina tu.

Tak taulah aku dia kantoi apa. Main guli kot? Takpun makan aiskrim.

AKu tau, bergegar struktur tu. Gila ganas, beb. Alaa, masa tu dia pun muda. Manalah dia tau dia pun pondan, walaupun sementara?

Friday, May 14, 2010

Makhluk Tuhan Yang Guna Cybercafe

Aku takde internet. Maxis Broadband yang si Klubbkidd kasi kat aku pinjam dah habis tempoh hayatnya. Sebab si Klubbkidd tak bayar. 

Aku offer nak bayarkan. Dia cakap, "Takpelah, dude, biar aku bayarkan. Takdehal punya."

Tapi lepas tu dia tak bayar pulak. Aku tak komplen. Internet free.

Aku biar je. Nak rasa hidup orang susah. Marhaen-marhaen Melayu malas yang hanya mampu menjengok wikipedia dari kafe-kafe siber milik kafir-kafir siber.

Sekarang ni aku kat kafe siber, tengah hantar proposal. Apa yang aku pelik pasal cybercafe ni ialah butang-butang keyboard dia pelik. Huruf F aku kena tekan dua kali baru keluar. Aku ikir - ha tengok tu! aku nak taip FIKIR - mungkin sebab banyak orang mencarut.

Pengunjung Cybercafe (menaip): Fuck you! Fuck you! Fuck you! Fuck you!

PC(M): FU! FU! FU! FU! FU! FU! FU! FU! FU! 

Last-last, button F dia jahanam.

Takpun, diorang ni memang bodoh, asyik fail exam je.

PC(M)1: Berapa result SPM you? CUba taip. BM?

PC(M)2: F

PC(M)1: English?

PC(M)2: F

PC(M)1: Pendidikan Islam?

PC(M)2: F

PC(M)1: Matematik Moden?

PC(M)2: F

PC(M)1: Matematik Tambahan?

PC(M)2: Aku bodoh, mana ambik Add Maths!?

PC(M)1: Sorry. Sejarah?

PC(M)2: F

PC(M)1: Ekonomi asas?

PC(M)2: F

Dan begitulah seterusnya.