Friday, May 20, 2011

Karangan Autobiografi - Aku Sebiji/Sekaki/Sebuah/Sepasang Kondom

Aku hanya ingat samar-samar zaman kanak-kanak aku. AKu ingat pokok yang besar, dan sebuah cawan hitam. Dan aku dapat rasakan diri aku mengalir deras.

Kemudian, aku ingat suhu yang tinggi. Kemudian, aku dibentuk menjadi diri aku sekarang.

AKu sedar saja, satu hari, aku sudah disuntik pelincir dan dimasukkan ke dalam paket.

Kalau di Indonesia, aku mungkin dipanggil Jaket Karet. Di Malaysia, tanah tumpah...errr...Di Malaysia aku dipanggil kondom saja.

Aku duduk di Guardian selama 6 bulan sebelum seorang budak lelaki membeli aku dan rakan-rakanku dalam kotak kondom kami.

Aku menanti penuh debar apabila seorang/sebiji/sebuah demi seorang/sebiji/sebuah rakan/adik-beradikku dikeluarkan dari kotak.

Satu hari, sampai giliran aku.

Aku disarungkan ke konek dan dengan pertahanan yang aku berikan, konek itu menerjah masuk ke dalam pantat.

Pantat busuk. Macibai.

Lepas tu pancut. Habis berlengas. Pukimak betul.

Lepas itu, aku ditanggalkan dan dibuang masuk ke dalam mangkuk tandas. Kemudian aku diflush dan pergi lepak bersama taik.

Celaka betul. Selepas habis digunakan, aku dibuang begitu sahaja. Demi mencapai Wawasan 2020. Inilah nasibku. A ming aling aling kang mengamal-mengamal.

Sekian.

Friday, May 6, 2011

Kelapa Laut Afrika

Aku nak cerita pasal projek band aku. Kelapa Laut Afrika. Aku main kastenet. Medd, budak Bangsar yang suka tengok porn lepas tu kunci pintu, aku suruh jadi lead vocals. Jojoe, yang tumpang rumah aku tiga bulan, main tamburin.

Kitorang tak akan ada album, pasal susah nak jual dalam iklim dunia hiburan Malaysia yang macam hanjing ni. Kitorang juga takkan buat show memana. Tapi, Kelapa Laut Afrika akan ada t-shirt.

Album hantu pertama kitorang bertajuk Cap Ibu dan Anak. Album Inggeris hantu pertama tajuk dia Expectorant. Best-of collection ialah Bernadryl.

Single-single bertajuk Ibuprofen, Oxycodone dan Vicodin. Konsert hantu pertama bertajuk The Pseudo-epinephrine Tour. Fuh. Gila best.

Lepas tu, kami akan 'kembali' ke dunia underground walaupun tak pernah start kat situ dengan tour gig yang dipanggil Panadol Menstrual Tour.

Lepas tu, aku akan kick Medd dari Kelapa Laut Afrika dan ambik sorang penyanyi bertopeng yang aku akan namakan Mastectomy. Aku pun akan tukar nama aku jadi Pap Smear, dan Jojoe jadi Colonoscopy. Semua pakai topeng untuk menentang komersialisasi muzik dan dunia hiburan yang pentingkan imej.

Lepas tu aku akan keluarkan album hip-hop bertajuk Herpes Zoster. Dan follow-up bertajuk Anti-Retro Viral.

Best-of kedua bertajuk Salap Rimau. Album terakhir sebelum berpecah ialah Air Cap Tiga Kaki.

Selepas berpecah selama 20 tahun, aku akan menubuhkan Kelapa Laut Afrika semula dengan barisan ahli Human Papiloma Virus (Medd, lead vocals), Colonoscopy (Jojoe, tamburin), Pap Smear (aku, kastenet), Japanese Enciphalytis - betul ke eja ni? (Chee, tik tok), dan Buasir (Cheepork, backup dancer).

Kelapa Laut Afrika akan mengadakan tour UMNO yang dipanggil The Malay Malaise. Selepas itu, ke Taiwan untuk konsert sempena album Mandarin pertama Kelapa Laut Afrika - Chi Kit Teck Aun.

Lepas tu anak haram aku munculkan diri dan beromen dengan Ben Affleck dalam filem arahan Michael Bay.

Lepas tu aku gaduh dengan bini aku, dan Michael Jackson jual semua hakcipta lagu-lagu Kelapa Laut Afrika lepas kena saman lagi sekali.

Last-last, aku main bola untuk Palmeiras dan cakap aku dah score 1000 gol, walaupun baru main dua minggu. Tu pun jadi sub.

Monday, May 2, 2011

Aku Nan Sebatang

Aku ni dah tua. Walaupun umur tak sampai 30, aku sebenarnya dah tua. Taste aku, taste orang tua. Orang kampung.

Aku sedar semua ini bila orang-orang tua yang perasan muda ajak aku pergi Rum Jungle minggu lepas.

Beli sebotol Jaka Denial - minuman orang Jawa tak sedar diri, dalam denial, lepas tu lepak kat dalam.

Diorang semua main menari henjut-henjut. Aku dok sibuk cari suratkhabar nak baca.

Aku tak suka menari. Tak kisah la kat mana-mana. Walaupun aku naik nafsu syahwat kat ramai penari pasal body best.

Aku suka duduk dan minum, sambil orang-orang tua keliling aku berjoget pasal Rum Jungle pasang lagu zaman diorang muda, 20 tahun lepas.

Band kat Rum Jungle malam tu, terus terang aku cakap, macam pukimak. Nak nyanyi lagu Hotel California:

Wehl-comeh! To! The! Hohtehl! Cah! Lih! For! Niah!

Apa ko ingat ni Gua Niah ke, bangsat? Kalau nafas tak cukup, toksah la nyanyi. Main la klastenet ke, keting-ting ke, tamburin ke. Toksah nyanyi!

Namun (wacana!), semua orang tak kisah pun. Pasal ditemani Pak Jaka Denial, apa-apa bunyi pun dengar macam best. Aku rasa kalau aku kentut pun diorang hentam joget jugak. Asalkan ada beat yang boleh ikut goyang bontot sambil jerit-jerit.

Proottt! Preeettt! Unst! Unst! Unst! Hiyah! Brooof! Ka-splat!

Jahiliyah Satu: Yeee haaa! Ke neraka kita!

Muzik punya la hanjing, aku rasa nak start band la pulak, untuk membuktikan kemudaan aku.

Band aku aku nak namakan Kelapa Laut Afrika (analogi untuk jubur perempuan kurus yang tak bercukur). Album pertama tajuk dia Cap Ibu dan Anak. Lagu pasal sembah setan dan meliwat peranjat Perempuan-perempuan Masuk Syurga (PMS). Rentak logam setan.

Aku suka setan pasal aku baca Lucifer, komik karya Mike Carey. Aku rasa ada banyak persamaan antara setan dengan aku. Pertama sekali, Lucifer, si setan, berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri dari bapak dia, Yahweh. Rasa macam aku umur 17. Atau mungkin 12, masa aku mula-mula tinggalkan rumah dan tak balik-balik sampai sekarang.

Pastu ada Mazikeen, anak Lilith. Kalau ikut kepercayaan Yahudi, Lilith ialah perempuan pertama sebelum Hawa. Mazikeen best, pasal dia sanggup buat apa saja untuk setan, Lucifer. Apa saja. Hehehehe.

Lagi satu, Elaine Belloc, yang menggantikan Yahweh. Gila pedophile, tapi pasal aku orang tua, aku suka.

Kalau aku ada anak, aku nak namakan dia Lucifer. Takpun Azazel (nama asal malaikat yang menjadi Iblis).

Tapi satu benda je aku tak suka kalau pasal setan - Budak Setan karya Ahadiat Akashah. Macam pundek. Entahlah.

Banyak orang cakap aku sesat sebab sukakan setan. Setan pun ciptaan Tuhan. Salah ke mengagungkan ciptaan Tuhan? Yang ko dok pangkah Lim Kit Siang, Samy Vellu (dulu-dulu), bulan, mata, roket, dacing tu takpe pulak?

Aku bukan sembah setan atau api. Aku bukan orang Majusi. Aku tak sembah duit, walaupun aku bernafsu syahwat pada duit. Aku tak sembah puki perempuan. Atau konek lelaki. Aku tak memuja kerusi di parlimen. 

Aku tak hingin dilihat super. Syurga atau neraka, Tuhan punya pasallah nak hantar aku ke mana. Ko sibuk apahal? Amar ma'ruf nahi mungkar? Nabi Muhammad ada paksa orang ikut dia? Dia tak main la paksa-paksa ni. Dia relaks je. Sebab tu orang ikut dia.

Ada dia maki orang? Ada dia buat sembahyang Jumaat dua jemaah - satu untuk orang Ansar, satu untuk Muhajirin? Ada Nabi mengkafirkan orang sesuka hati?

Aku tak sekolah agama tinggi. Pendidikan Islam C3 je. Tapi toksahlah nak kelentong aku dengan janji manis syurga neraka kalau ikut telunjuk ko. Aku cuma sanggup berlutut pada Tuhan sahaja. Bukan kat Pak Imam, bukan kat Wakil Rakyat.

Apa, ko ingat kalau buat masjid, kuil atau gereja dari emas, Tuhan nanti dapat Golden Armour +363 defense ke? Buat minaret tinggi-tinggi, pastu dia dapat Flamberge +62 Fire damage? Kau maki hamun orang kafir, paksa diorang jadi munafik, ko masuk syurga la ye? Ko ingat Islam ni MLM?

Tersasul la pulak.

Band aku, Kelapa Laut Afrika. Takkan main untuk bayaran. Cuma kos sahaja. Aku ingat, aku nak main klastenet. At least aku sedar diri, tak boleh nyanyi.